Saturday, August 16, 2008

The news on Expo kemahiran


So, after the big do yesterday, there were some news published in major dailies today..

Utusan Malaysia
Abdullah tegur suasana suram di Adtec

SHAH ALAM 15 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur suasana di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), tempat berlangsungnya majlis penyampaian anugerah pertandingan MySkills 2008 yang dilihatnya agak suram dan tidak begitu menceriakan.

Kata Perdana Menteri, tidak seperti di beberapa institut latihan yang pernah dikunjunginya sebelum ini, beliau melihat suasana di Adtec itu memerlukan perubahan agar nampak lebih ceria.

"Kalau suasana bekerja sentiasa ceria, ini akan menjadikan pekerja di situ berasa seronok, tetapi jika sebaliknya berlaku, semangat bekerja pun boleh hilang.

"Sikap kita terhadap pekerjaan penting dan keceriaan juga penting, begitu juga kemahiran amat penting, kalau tidak ada sudah tentu kita tidak akan dapat melaksanakan kerja yang diamanahkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pertandingan MySkills 2008 dan Pelancaran Pelan Operasi Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2008-2020 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan timbalannya, Datuk Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, Abdullah menyuarakan harapannya mahu melihat masyarakat luar mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pekerja tempatan berkebolehan dan berkemahiran tinggi.

''Sebelum ini mereka kagum rakyat Malaysia baik tetapi yang saya hendak sangat, mereka mesti akui kepandaian anak kita dan kemahiran tinggi yang dimiliki, pengiktirafan seperti ini yang kita mahu capai, seperti orang Jepun diakui kebolehannya dalam bidang teknologi tinggi.

''Mengapa tidak bagi rakyat Malaysia, kita boleh, malah semangat 'Malaysia Boleh' mesti ada pada diri kita yang mahu sentiasa maju," katanya yang berpendapat matlamat itu boleh dicapai melalui ilmu dan latihan.

Menurut Perdana Menteri, sebelum ini kerajaan memberikan latihan kemahiran kepada ramai lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tetapi tidak lagi pada masa kini setelah Kementerian Pelajaran mengubah dasar dengan tidak menunjukkan 'pintu keluar' hanya selepas pelajar lulus peperiksaan itu.

Katanya, pelajar tidak boleh dibiarkan mencari pekerjaan hanya selepas lulus pengajian tingkatan tiga kerana umur mereka yang masih muda, kurang pengetahuan dan belum ada kemahiran.

"Bagaimana nanti mereka hendak bersaing dalam dunia pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Kerana itu, mereka yang diambil menjalani latihan kemahiran kini ialah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

"Dengan sukatan pelajaran yang berubah, kita membuat satu anjakan penting dengan memberi tekanan kepada kemahiran lebih tinggi kerana industri di negara kita semakin meningkat berbanding dulu.

"Sekarang kita sudah mampu menghasilkan produk yang lebih berkualiti dengan adanya peralatan komputer dan mesin canggih yang dikendalikan tenaga kerja berkemahiran," katanya.

Mengenai Pelan Operasi Pelan Induk Latihan dan Pembangunan Kemahiran Pekerjaan itu, Abdullah berkata, ia perlu dijadikan panduan dalam menentukan hala tuju latihan dan pembangunan kemahiran negara selaras usaha menghasilkan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran.


The Star

Saturday August 16, 2008
PM: Foreigners want our skilled workers and innovation


SHAH ALAM: A big flow of foreign investments into Malaysia, especially in Penang and Johor, is seen as reflecting a growing interest among investors to use the entrepreneurial and innovative skills available here.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said foreigners were looking at opportunities in the manufacturing sector in green technology and healthcare where the country has skilled workers.

“Our strength now is in skilled workers who are innovative. Foreign firms are watching us and are moving into our country to take advantage of this asset that will benefit us in foreign exchange and create job opportunities,” he said.

“Acquiring a skill is not enough, a person must keep on learning and improving. Methods must be improved and innovated until it attracts new foreign entrepreneurs to use our advancing technology,” he said.

Earlier Abdullah attended the My Skills 2008 skills award ceremony and launched the Skills Carnival organised at Advanced Technological Training Centre in Section 34 here.

Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam said investors were keen to invest in Malaysia as the country could cater to their needs in providing skilled workers in the manufacturing sector and clean green technology.

No comments: